Enable javascript in your browser to view an important message.

How to Change IE Tittle Bar



Baru-baru ini salah seorang daripada kawan saya memberitahu saya bahawa komputernya diserang virus. Apabila saya bertanya apakah tanda-tanda komputernya dijangkiti virus, lalu dia menjawab terdapat text yang mengatakan “Hacked by pokemon”.Saya hampir tergelak kerana ianya lucu. Iyelah bayangkan dalam banyak-banyak nickname dalam dunia ini,kenapa hacker ini memilih perkataan “pokemon”! Walau bagaimanapun, saya ingin mengetahui apakah jenis kerosakan yang boleh dilakukan oleh virus ini. Adakah ia sekuat Brontok? Ataupun adakah terlalu lemah sehinggakan tidak memerlukan sebarang jenis anti-virus untuk membuangnya?

Apabila saya sampai dirumah kawan saya itu, dia membuka Internat Explorer, dan di ruangan tajuk yang terdapat di tetingkap web terdapat perkatan yang bertulis “Hacked by pokemon”.




Selepas itu saya cari maklumat berkenaan virus ini di dalam google malahan saya mencari di dalam web Symentec tetapi malangnya saya langsung tidak menemui sebarang maklumat mengenai virus ini. Mungkin kerana virus ini tidak begitu popular.
Jadi saya memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang maklumat tentang virus ini. Dan apa yang saya lihat virus ini telah dibuang oleh AVG Anti-Virus Free Edition.

Satu-satunya masalah yang wujud selepas virus ini dibuang ialah Anti-Virus tidak mengembalikan Internet Explorer tittle bar.Jadi di sini saya akan menunjukkan cara bagaimana anda boleh mengubah Internet Explorer window tittle bar.Sebenarnya menambah text dalam Internet Explorer window bukanlah sesuatu yang baru. Ia sudah lama wujud semenjak Internet Explorer 3 digunnakan lagi.
Jadi sila ikut beberapa langkah bagaimana mengubah text Internet Explorer window tittle bar .

1.Pergi ke Start -> Run


2.Taip regedit dan klik OK.


3. Masuk ke dalam:HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Internet Explorer\Main


4. Klik kanan, New dan pilih String Value.


5. Taip di string value sebagai Window Title6. Klik dua kali pada Window Title dan taip ttajuk yang anda mahu di dalam value data.


Untuk membuang semula text yang telah di tambah di Internet Explorer tittle bar, anda hanya perlu delete sahaja Window Tittle string value.

** Harap ini dapat membatu anda **